Jumaat, Januari 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Bersua kembali di tahun baru 2010 setelah agak lama abyhakimi menyepi diri. Hampir 2 bulan juga abyhakimi tak update blog ini dek kesibukan yang semakin bertambah. Ditambah pula sepanjang cuti sekolah yang lepas abyhakimi pulang ke kampung di kedah dan pahang.

Sememangnya perjalanan yang memenatkan berulang alik ke kedah dan pahang. Menyusuri lebuh raya timur barat yang berbukit bukau, melalui perkampungan orang asli antara Jeli ke Gua Musang, singgah makan tghari di kedai makan Kg. Melaka yang cukup menyelerakan sebelum sampai di Kuala Lipis seterusnya sampai ke kampung di Jerantut. Syukur Alhamdulillhah... Ada insan yang bermurah hati memberikan kenderaan yang cukup selesa (Toyota Avanza) sepanjang permusafiran abyhakimi di semenanjung.

Dalam pada itu, sempat juga abyhakimi sekeluarga ke cameron Highland dan tidur di sana 1 malam. Untung ada abang tinggal di sana, tak perlulah sewa hotel (lagipun dah penuh). Pelancong tersangatlah ramai, maklumlah cuti sekolah. Lenguh la jugak kaki menekan pedal minyak dan brek sebab jem sangat. Lebih kurang 1 jam la jugak tersangkut dalam jem, walaupun nak ke tempat yang dekat je.

Seminggu sebelum terbang ke sabah, abyhakimi menjadi pengunjung tetap perpustakaan awam jerantut. Itupun sebab nak exam. Dari pagi sampai ke petang & setiap hari (kecuali cuti) abyhakimi bertapa disana. Naik jemu dah kakitangan libary tu tengok abyhakimi. Tapi nak buat macam mana, itulah padahnya study last minit.

Malam 25 Disember 2009 abyhakimi berangkat ke sabah. Sampai di rumah dekat pukul 2 pagi. Fuh letihnya.... Tengok rumah pulak banyak habuk. Terpaksa la settlekan dulu rumah sampai la dekat jam 3 pagi. Abyhakimi sempat tidur 3 jam je sebab jam 9 pagi exam dah start.

26 Disember 2009 bermulalah maraton exam abyhakimi. Everyday non stop hinggalah last paper 29hb. Harap-harap dapat risult yang ok la...

InsyaAllah, kenangan ini akan terpahat erat dalam hati abyhakimi. Hargailah masa yang lalu kerana tak mungkin kita akan kembali ke masa itu. Masa itu lebih berharga dari emas kerana emas boleh digadai/ dijual tetapi masa yang telah berlalu akan hilang tanpa dapat diambil balik...

Ahad, November 15, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA WADI HANA 2009


Sedar tak sedar anak aku Muhammad Amer Hakimi dan pun tamat pengajiannya di Tadika Wadi Hana. Maknanya tahun depan dah masuk tahun satu. Besar dah rupanya anak ayah....

Pagi tadi 15 November 2009 berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika Wadi Hana dan Anugerah Cemerlang SAR Wadi Kauthar 2009 yang berlangsung di Dewan Resital UMS. Penuh la jugak dewan tu dengan kehadiran ibu bapa yang nak tengok anaknya terima sijil dan ada jugak yang anaknya terlibat m
embuat persembahan.

Tahniah kepada Muhammad Amer Hakimi sebab dapat tempat kedua dalam kelasnya. Hadiah daripada ayah kena tunggu balik kg nanti. Muhammad Amer Hakimi juga terlibat dengan persembahan iaitu mengalunkan bacaan Surah Al-Humazah. Alhamdulillah lancar bacaannya. Lepas tu meneruskan persembahan iaitu nasyid Di Pondok Kecil bersama kawan-kawannya.

Aku dijemput sebagai pembaca doa. walaupun sakit tekak, dan suara ala-ala rock skit, Alhamdulillah takdak masalah....


Nak dijadikan cerita, vip yang dijemput untuk menyampaikan sijil iaitu YB Jainab adun Karambunai tak dapat datang. Wakilnya pun tak nampak batang hidung. Maka aku terpaksa jadi bidan terjun sebagai penyampai sijil dan hadiah kepada peserta konvo. Terpaksa la jugak pakai jubah konvo macam budak-budak tu.. Nasib baik tak diminta memberi ucapan. Sebab itu tak dapat nak ambil gambar banyak skit sebab jurugambarnya kat atas pentas tengah
memberi sijil....

Rabu, November 11, 2009

KEM BINA JUARA 2009


Baru-baru ni sk mutiara telah diamanahkan SPI untuk mengadakan kem bina juara. Dengar khabarnya di sabah hanya 4 buah sekolah saja yang terpilih untuk handle kem ini dan sk mutiara salah satu daripadanya.

Kem ini bertujuan untuk melahirkan juara-juara atau pakar-pakar dalam bidang bahasa arab, tarannum &
khat. Alhamdulillah kem ini telah berjalan lancar dan murid-murid selalu tanya bila lagi nak buat kem macam ni. bukannya apa, depa kata masuk kem ni boleh makan banyak kali dan sedap pulak tu. mana tak makan banyak kalinya, peruntukan dapat lima ribu... mewah tu...

ni la antara gambar-gambar yang sempat dirakam masa kem tu berlangsung. tengok la...

Rabu, Oktober 14, 2009

JUMPA ABE KO DI KK


Baru-baru ni Allah mempertemukan semula abyhakimi dengan Abe ko sahabat lama sewaktu sama-sama di maktab (MPTAA) tahun 98-01. Lama sungguh ta jumpa, makin bulat dah abe ko. Kebetulan abe ko datang kk sebab adik dia konvo kat UMS. Sempat la jugak abyhakimi bawak abe ko datang rumah pekena durian.. Abe ko still sorang lagi anak dia. Belum ada rezeki nak tambah katanya...

PERMATA HATI


Tanggal 28 september 2009 bersamaan 9 syawal 1430 hijrah tepat jam 8.19 p.m lahirlah seorang putera anugerah Ilahi ke dunia ini. Putera ini dinamakan Muhammad Qais Wafiy. Dilahirkan di Hospital Likas Kota Kinabalu Sabah. Doa dan harapan kedua ibu bapanya agar putera ini menjadi pejuang islam dan pembela agama... InsyaAllah.

Ini adalah gambar Muhammad Qais Wafiy beberapa minit selepas dilahirkan.

Sabtu, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Di kesempatan ini Abyhakimi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua yang telah mengunjungi blog ini. Sebagai insan biasa abyhakimi juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan...

Buat mak dan ayah, anakmu ini memohon berjuta keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. segala pengorbanan kalian berdua membesarkan dan mendidik anakmu ini tak mampu untuk dibalas. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian berdua dan diberikan kesihatan yang baik...


Buat teman-teman seperjuangan, beribu kemaafan dipohon seandainya selama perkenalan ini, ada terlanjur kata, tersalah perbuatan, terkecil hati dan bermacam-macam kesilapan diharap lupakanlah dan kita kukuhkan lagi ikatan ukhwah kita di dalam mencari redha Ilahi.....


Buat murid-murid yang disayangi, ustaz halalkan segala ilmu yang telah ustaz ajarkan kepada kalian semua. Semua yang ustaz buat pada kalian adalah untuk kebaikan kalian di masa depan juga....


Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan biarkan kepaulangan anda disambut dengan tangisan kesedihan sanak saudara....


Khamis, September 17, 2009

LAILATUL QADAR :

LAILATUL QADAR: Mencari Kemuliaan Taqarru

Firman Allah swt :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )
Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :
[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :
[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”
( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.
Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”
( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

copy ustaz nasrudin bin hassan at tantawi