Sabtu, Januari 16, 2010

MUTIARA QALBU...



Doa Kepada Allah SWT


Tidak diterima doa seseorang hamba Allah, kemungkinan disebabkan oleh beberapa hal sebagai berikut :

1. Berdoa dengan cara yang tidak sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Nabi Muhammad bersabda :

- " Barangsiapa yang mengada-ngadakan dalam suatu urusan (agama), maka ia tertolak."
- " Barangsiapa beramal dengan suatu amalan, yang tidak kami perintahkan, maka ia itu tertolak."


2. Berdoa dengan tidak memenuhi syarat - syarat tidak diterima doanya (lihat tatacara berdoa)

3. Berdoa tetapi tidak menghindari dari makanan/ minuman haram atau bercampur dengan hal-hal/ barang-barang yang haram.

4. Secara khusus penyebab tidak diterimanya doa yakni doa yang tidak diiringi dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangannya, padahal Allah SWT berfirman di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 186 "bahawa Allah SWT akan mengkabulkan permohonan hamba-Nya yang berdoa apabila ia juga sentiasa beribadah kepada-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya, baik dalam keadaan suka mahupun duka ." Oleh kerana itu, sebab-sebab tertolaknya doa tersebut menurut seorang ulama' terkemuka pada abad VII H. (Ibrahim bin Adham), secara terperinci dapat diidentifikasikan 10 macam, yakni : -

  • Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi hak-hak-Nya tidak kamu penuhi (Hak Allah adalah disembah, menyembah Allah bererti mentaati seluruh perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
  • Kamu membaca Al Quran, tetapi isinya tidak kamu amalkan.
  • Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi sunnahnya tidak kamu amalkan.
  • Kamu mengaku bahawa syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu patuh kepadanya.
  • Kamu berdoa untuk melepaskan diri dari seksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.
  • Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu katakan kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu, tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.
  • Kamu makan nikmat Tuhanmu tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.
  • Kamu kuburkan orang-orang yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran dari peristiwa tersebut.

5. Pada prinsipnya doa kita akan dikabulkan oleh Allah SWT apabila kita berdoa Sesuai dengan ketentuan-ketentuannya sebagaimana diperintah Allah SWT serta yang dicontahkan Rasullah SAW. Namun demikian, walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar, ternyata hal-hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan. Sebagai orang yang beriman kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita belum tentu baik pula menurut Allah SWT. Oleh kerana itu pengabulan doa ini ada beberapa kemungkinan : -

  • Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita.
  • Diberikan hal-hal yang serupa dengan apa yang diminta dalam doa kita.
  • Dihindarkan dia dari suatu bencana yang akan menimpa.
  • Diampuni dosa-dosanya sebagai pahala dari doa.
  • Ditunda pengabulannya, kerana tidak baik bagi yang berdoa.

6. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullah : "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu di antara tiga hal adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaan), adakalanya ditunda penggabulannya." (H.R. Dailami)

7. Perempuan yang suci

Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah

Tidak sedikit pun Allah membenarkan

Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya

Walaupun hatinya…

Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang

Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita

Kepada seorang manusia

Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik

Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali

Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

Hari ini lebih baik dari hari esok seandainya engkau mengerti hari ini tiada lagi hari esok


Masa Mustajab Berdoa(Hari Jumaat)

Waktu - Waktu Istijabah (saat-saat terbaik untuk berdoa)

Adab - Adab Berdoa

Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa

Hari - Hari Yang Terbaik Untuk Berdoa

Bulan - Bulan Yang Terbaik Untuk Berdoa

Tempat - Tempat Yang Terbaik Untuk Berdoa

Sabtu, Januari 09, 2010

Abang Long Tahun satu...


Welcome to school, Abang Long....
Imbang PenuhTahun ni (2010) Abang Long dah masuk tahun satu. Abang Long sekolah kat Sekolah Kebangsaan Mutiara Kota Kinabalu. Kat sini Abang Long dapat ramai kawan baru. Tapi, Abang Long selalu kawan dengan Erah sebab dia duduk sebelah Abang Long. :) Lagipun Abang Long dah lama kenal Erah. Abang Long & Erah sama-sama sekolah Tadika Wadi Hana.

Hari pertama Abang Long sekolah , Abang Long datang dengan ayah. Rupa-rupanya ayah mengajar kat sekolah ni jugak. Jadi, senang la Abang Long nak jumpa Ayah.... Tapi, ayah tak mengajar kelas Abang Long. :(

Kelas Abang Long namanya satu Zamrud. Selain satu Zamrud, ada tiga kelas lagi iaitu 1 Berlian, 1 Delima & 1 Nilam. Guru kelas Abang Long namanya Cikgu Musliah. Abang Long suka dengan cikgu Musliah sebab dia baik sangat. Baru-baru ni Abang Long cari ayah dan Abang Long menangis sebab Abang Long tak nak tukar cikgu lain. Abang Long nak cikgu Musliah je yang ajar dari pagi sampai pulang....

Minggu pertama persekolahan ni, ayah sibuk sangat. Selalu balik lambat. Jadi, terpaksa la umi yang pergi ambik Abang Long Kat sekolah. Kesian Umi.....

Okey la, nanti Abang Long cerita lagi pengalaman Abang Long kat SK Mutiara. Best.....

Jumaat, Januari 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Bersua kembali di tahun baru 2010 setelah agak lama abyhakimi menyepi diri. Hampir 2 bulan juga abyhakimi tak update blog ini dek kesibukan yang semakin bertambah. Ditambah pula sepanjang cuti sekolah yang lepas abyhakimi pulang ke kampung di kedah dan pahang.

Sememangnya perjalanan yang memenatkan berulang alik ke kedah dan pahang. Menyusuri lebuh raya timur barat yang berbukit bukau, melalui perkampungan orang asli antara Jeli ke Gua Musang, singgah makan tghari di kedai makan Kg. Melaka yang cukup menyelerakan sebelum sampai di Kuala Lipis seterusnya sampai ke kampung di Jerantut. Syukur Alhamdulillhah... Ada insan yang bermurah hati memberikan kenderaan yang cukup selesa (Toyota Avanza) sepanjang permusafiran abyhakimi di semenanjung.

Dalam pada itu, sempat juga abyhakimi sekeluarga ke cameron Highland dan tidur di sana 1 malam. Untung ada abang tinggal di sana, tak perlulah sewa hotel (lagipun dah penuh). Pelancong tersangatlah ramai, maklumlah cuti sekolah. Lenguh la jugak kaki menekan pedal minyak dan brek sebab jem sangat. Lebih kurang 1 jam la jugak tersangkut dalam jem, walaupun nak ke tempat yang dekat je.

Seminggu sebelum terbang ke sabah, abyhakimi menjadi pengunjung tetap perpustakaan awam jerantut. Itupun sebab nak exam. Dari pagi sampai ke petang & setiap hari (kecuali cuti) abyhakimi bertapa disana. Naik jemu dah kakitangan libary tu tengok abyhakimi. Tapi nak buat macam mana, itulah padahnya study last minit.

Malam 25 Disember 2009 abyhakimi berangkat ke sabah. Sampai di rumah dekat pukul 2 pagi. Fuh letihnya.... Tengok rumah pulak banyak habuk. Terpaksa la settlekan dulu rumah sampai la dekat jam 3 pagi. Abyhakimi sempat tidur 3 jam je sebab jam 9 pagi exam dah start.

26 Disember 2009 bermulalah maraton exam abyhakimi. Everyday non stop hinggalah last paper 29hb. Harap-harap dapat risult yang ok la...

InsyaAllah, kenangan ini akan terpahat erat dalam hati abyhakimi. Hargailah masa yang lalu kerana tak mungkin kita akan kembali ke masa itu. Masa itu lebih berharga dari emas kerana emas boleh digadai/ dijual tetapi masa yang telah berlalu akan hilang tanpa dapat diambil balik...