Sabtu, Jun 27, 2009

SK PULAU GAYA DALAM KENANGAN ( 2001 - 2009 )






Pada 18 Jun 2009 aku mula melapor diri di tempat bertugas yang baru ( SK Mutiara KK ). Genaplah 8 tahun aku berkhidmat di SK Pulau Gaya mulai dari 18 Jun 2001. Sebenarnya perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam hati ni. Sedih sebab meninggalkan murid-murid yang masih dahagakan ilmu dan perhatian dari aku dan juga rakan-rakan guru yang berbagai karenah. Apa-apa pun guru-guru di SK pulau gaya tetap hebat kerana mereka sanggup meredah lautan walaupun hujan atau ribut ( naik bot hari-hari ) demi untuk memastikan murid-murid di sana mendapat ilmu & menjadi manusia yang berguna di masa depan.



Masih terbayang-bayang hari terakhir aku di sana, murid-murid mengerumuniku mcm semut dapat gula untuk bersalam & cium tangan. Waktu aku naik bot untuk meninggalkan sekolah murid-murid melambai-lambai di sepanjang jeti sekolah & memanggil-manggil namaku. Terharu & sayu rasa hati kecil ini... Harapanku agar diorang menjadi insan berguna di masa depan..



SK Pulau Gaya ni special skit. Terletak di Pulau Gaya dekat dgn Bandar KK. Naik bot lebih kurang 8 minit je dari jeti Jeselton Point KK. Bangunan sekolah Separuh di darat & separuh di ats air. Kebanyakan murid di sini berbangsa bajau, suluk, ubian & Filipino. Pekerjaan bapa diaorang biasanya nelayan. Rata-ratanya golongan berpendapatan rendah la. Sekolah ni juga takde bekalan letrik & air. Biasanya bergantung pada generator & air hujan la.



Sepanjang 8 tahun di sana, banyak kenangan indah yang mungkin tak dapat dilupakan. Sekali tu pernah aku ikut trip memancing kelab memancing guru Pulau Gaya ( laut dalam ). 3 hari di tengah lautan. Mabuk laut jangan cerita la.. Dekat 2 hari la jugak aku mabuk. Semua benda yang dimakan keluar balik. Yang bestnya, mabuk pun dapat jugak ikan. Banyak & besar-besar pulak tu. Tu la sekali aku ikut p memancing. Bukan apa, takut mabuk lagi & kos dia pun agak tinggi bagi aku.



Satu lagi yang akan aku ingat, murid di sana hari persekolahan biasa mereka ni suka ponteng. Tapi time exam semua hadir. Walaupun malas, semangat mau berjaya tetap ada. I'm respect you all..



Itulah serba sedikit coretan yang mampu aku luahkan untuk dikongsi bersama. Kalau nak cerita pengalaman selama 8 tahun di sana memang banyak. Yang pasti kenangan di SK pulau Gaya akan sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidup ini... Wallahua'lam.

Ahad, Jun 21, 2009

Padah study last minutes



Alhamdulillah... selesai sudah exam sem ni. ringan rasa kepala.... Lepas ni berdebar tunggu result la plak. Tapi takpa, lambat lagi... Yang pasti, yang lepas dan lepas. Yang akan datang masih panjang. Harap-harap dapat la aku laluinya.


Time-time exam macam ni, kesian isteri dan anak-anak. Tak sempat nak layan sangat karenah diaorang. Almaklumlah, ayah busy sangat study. Tu la padahnya study last minutes. Tiap-tiap kali habis exam siap pasang azam sem depan nak study awal, nak buat nota untuk setiap subjek. Last-last dua tiga hari lagi nak exam baru kelam kabut cari buku. Azam tinggal azam je la.... Nasib baik isteri dan anak-anak faham. Rumah tunggang langgang pun takpe la... Ayah dah habis exam ni, ayah janji ayah akan tolong mana yang tak terbuat baru-baru ni.


Abang Long pun dah tanya bila nak makan KFC. Sebab baru baru ni ayah ada janji, kalau ayah dah habis exam ayah bawak pegi makan KFC. Ok, ayah akan tunaikan janji ayah malam ni. Tapi biasanya kalau pegi KFC, bukan Abang Long nak makan sangat. Nak main je kerja dia. Last-last Angah juga la yang perabiskan ayam Abang Long.


Biasa la perangai budak-budak kan, masa diaorang masih kecil ni la kita kena ambil peluang untuk sentiasa melayan karenah diaorang, main dengan diaorang. Bila diorang dah besar, mana sudah diaorang nak main dengan ayah lagi. Lagi best main dengan kawan-kawan sebaya. Takpa, ayah faham. Ayah pun pernah jadi budak-budak juga...