Ahad, November 15, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA WADI HANA 2009


Sedar tak sedar anak aku Muhammad Amer Hakimi dan pun tamat pengajiannya di Tadika Wadi Hana. Maknanya tahun depan dah masuk tahun satu. Besar dah rupanya anak ayah....

Pagi tadi 15 November 2009 berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika Wadi Hana dan Anugerah Cemerlang SAR Wadi Kauthar 2009 yang berlangsung di Dewan Resital UMS. Penuh la jugak dewan tu dengan kehadiran ibu bapa yang nak tengok anaknya terima sijil dan ada jugak yang anaknya terlibat m
embuat persembahan.

Tahniah kepada Muhammad Amer Hakimi sebab dapat tempat kedua dalam kelasnya. Hadiah daripada ayah kena tunggu balik kg nanti. Muhammad Amer Hakimi juga terlibat dengan persembahan iaitu mengalunkan bacaan Surah Al-Humazah. Alhamdulillah lancar bacaannya. Lepas tu meneruskan persembahan iaitu nasyid Di Pondok Kecil bersama kawan-kawannya.

Aku dijemput sebagai pembaca doa. walaupun sakit tekak, dan suara ala-ala rock skit, Alhamdulillah takdak masalah....


Nak dijadikan cerita, vip yang dijemput untuk menyampaikan sijil iaitu YB Jainab adun Karambunai tak dapat datang. Wakilnya pun tak nampak batang hidung. Maka aku terpaksa jadi bidan terjun sebagai penyampai sijil dan hadiah kepada peserta konvo. Terpaksa la jugak pakai jubah konvo macam budak-budak tu.. Nasib baik tak diminta memberi ucapan. Sebab itu tak dapat nak ambil gambar banyak skit sebab jurugambarnya kat atas pentas tengah
memberi sijil....

Rabu, November 11, 2009

KEM BINA JUARA 2009


Baru-baru ni sk mutiara telah diamanahkan SPI untuk mengadakan kem bina juara. Dengar khabarnya di sabah hanya 4 buah sekolah saja yang terpilih untuk handle kem ini dan sk mutiara salah satu daripadanya.

Kem ini bertujuan untuk melahirkan juara-juara atau pakar-pakar dalam bidang bahasa arab, tarannum &
khat. Alhamdulillah kem ini telah berjalan lancar dan murid-murid selalu tanya bila lagi nak buat kem macam ni. bukannya apa, depa kata masuk kem ni boleh makan banyak kali dan sedap pulak tu. mana tak makan banyak kalinya, peruntukan dapat lima ribu... mewah tu...

ni la antara gambar-gambar yang sempat dirakam masa kem tu berlangsung. tengok la...

Rabu, Oktober 14, 2009

JUMPA ABE KO DI KK


Baru-baru ni Allah mempertemukan semula abyhakimi dengan Abe ko sahabat lama sewaktu sama-sama di maktab (MPTAA) tahun 98-01. Lama sungguh ta jumpa, makin bulat dah abe ko. Kebetulan abe ko datang kk sebab adik dia konvo kat UMS. Sempat la jugak abyhakimi bawak abe ko datang rumah pekena durian.. Abe ko still sorang lagi anak dia. Belum ada rezeki nak tambah katanya...

PERMATA HATI


Tanggal 28 september 2009 bersamaan 9 syawal 1430 hijrah tepat jam 8.19 p.m lahirlah seorang putera anugerah Ilahi ke dunia ini. Putera ini dinamakan Muhammad Qais Wafiy. Dilahirkan di Hospital Likas Kota Kinabalu Sabah. Doa dan harapan kedua ibu bapanya agar putera ini menjadi pejuang islam dan pembela agama... InsyaAllah.

Ini adalah gambar Muhammad Qais Wafiy beberapa minit selepas dilahirkan.

Sabtu, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Di kesempatan ini Abyhakimi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua yang telah mengunjungi blog ini. Sebagai insan biasa abyhakimi juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan...

Buat mak dan ayah, anakmu ini memohon berjuta keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. segala pengorbanan kalian berdua membesarkan dan mendidik anakmu ini tak mampu untuk dibalas. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian berdua dan diberikan kesihatan yang baik...


Buat teman-teman seperjuangan, beribu kemaafan dipohon seandainya selama perkenalan ini, ada terlanjur kata, tersalah perbuatan, terkecil hati dan bermacam-macam kesilapan diharap lupakanlah dan kita kukuhkan lagi ikatan ukhwah kita di dalam mencari redha Ilahi.....


Buat murid-murid yang disayangi, ustaz halalkan segala ilmu yang telah ustaz ajarkan kepada kalian semua. Semua yang ustaz buat pada kalian adalah untuk kebaikan kalian di masa depan juga....


Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan biarkan kepaulangan anda disambut dengan tangisan kesedihan sanak saudara....


Khamis, September 17, 2009

LAILATUL QADAR :

LAILATUL QADAR: Mencari Kemuliaan Taqarru

Firman Allah swt :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )
Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :
[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :
[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”
( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.
Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”
( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

copy ustaz nasrudin bin hassan at tantawi

MARI MAKSIMUMKAN PAHALA RAMADHAN


Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-


1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.


2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
: "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.


3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

6) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

7) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

8) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

Sekian dan Ramadhan Kareem..

copy zaharuddin.net/

Sabtu, Ogos 22, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...


BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


Menguatkan Jiwa :
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain. Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23) Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah. Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


Menyihatkan Badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.


Mengenal Nilai Kenikmatan Dan BersyukurDalam hidup ini.

Sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita. Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).


Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita. Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir. Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)

HOW TO USE THE SURAH AL-FATIHAH

1. To make someone (YOUR Husband, your wife, your children) think of you all the time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door -Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
i) Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
ii) Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah iii) Use it with GOOD "niat" /intentions
.

Sabtu, Ogos 01, 2009

"TUJUH KALIMAT"


Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Ahad, Julai 19, 2009

"SAYA SAYANGKAN IBU"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sabtu, Julai 11, 2009

Sukaneka PASTI ( zon pantai barat sabah )

Assalamualaikum wbt...



Lama jugak aku tak edit blog ni, maklum la baru pindah p sekolah baru. Sekolah baru ni sibuk la sikit berbanding masa kat sekolah lama. Ni bukan nak citer pasal sekolah, tapi pasal Abyhakimi aktiviti hujung minggu



Baru-baru ni telah diadakan Hari Sukaneka PASTI Zon Pantai Barat Sabah bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Aku ni takde la ditugaskan untuk handle mana-mana acara cuma disuruh bantu mana-mana yang patut jer... Memang seronok la tengok anak-anak kecil ni mengikuti acara sukaneka. Rasa macam nak jadi budak-budak balik... Bersemangat sungguh diaorang. Semangat sebeginilah yang kita mahukan dalam diri generasi islam pada hari ini.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah susun abjad, isi air dalam botol, lari dalam guni, lari berganti-ganti dan banyak lagi la. 14 buah PASTI telah terlibat dalam sukaneka ini. Inilah beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.









Lompat cepat !!! sikit lagi....












Luruskan barisan... eh, lurus ke ni?













Sebahagian ibu bapa yang hadir memberikan sokongan.

Sabtu, Jun 27, 2009

SK PULAU GAYA DALAM KENANGAN ( 2001 - 2009 )






Pada 18 Jun 2009 aku mula melapor diri di tempat bertugas yang baru ( SK Mutiara KK ). Genaplah 8 tahun aku berkhidmat di SK Pulau Gaya mulai dari 18 Jun 2001. Sebenarnya perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam hati ni. Sedih sebab meninggalkan murid-murid yang masih dahagakan ilmu dan perhatian dari aku dan juga rakan-rakan guru yang berbagai karenah. Apa-apa pun guru-guru di SK pulau gaya tetap hebat kerana mereka sanggup meredah lautan walaupun hujan atau ribut ( naik bot hari-hari ) demi untuk memastikan murid-murid di sana mendapat ilmu & menjadi manusia yang berguna di masa depan.



Masih terbayang-bayang hari terakhir aku di sana, murid-murid mengerumuniku mcm semut dapat gula untuk bersalam & cium tangan. Waktu aku naik bot untuk meninggalkan sekolah murid-murid melambai-lambai di sepanjang jeti sekolah & memanggil-manggil namaku. Terharu & sayu rasa hati kecil ini... Harapanku agar diorang menjadi insan berguna di masa depan..



SK Pulau Gaya ni special skit. Terletak di Pulau Gaya dekat dgn Bandar KK. Naik bot lebih kurang 8 minit je dari jeti Jeselton Point KK. Bangunan sekolah Separuh di darat & separuh di ats air. Kebanyakan murid di sini berbangsa bajau, suluk, ubian & Filipino. Pekerjaan bapa diaorang biasanya nelayan. Rata-ratanya golongan berpendapatan rendah la. Sekolah ni juga takde bekalan letrik & air. Biasanya bergantung pada generator & air hujan la.



Sepanjang 8 tahun di sana, banyak kenangan indah yang mungkin tak dapat dilupakan. Sekali tu pernah aku ikut trip memancing kelab memancing guru Pulau Gaya ( laut dalam ). 3 hari di tengah lautan. Mabuk laut jangan cerita la.. Dekat 2 hari la jugak aku mabuk. Semua benda yang dimakan keluar balik. Yang bestnya, mabuk pun dapat jugak ikan. Banyak & besar-besar pulak tu. Tu la sekali aku ikut p memancing. Bukan apa, takut mabuk lagi & kos dia pun agak tinggi bagi aku.



Satu lagi yang akan aku ingat, murid di sana hari persekolahan biasa mereka ni suka ponteng. Tapi time exam semua hadir. Walaupun malas, semangat mau berjaya tetap ada. I'm respect you all..



Itulah serba sedikit coretan yang mampu aku luahkan untuk dikongsi bersama. Kalau nak cerita pengalaman selama 8 tahun di sana memang banyak. Yang pasti kenangan di SK pulau Gaya akan sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidup ini... Wallahua'lam.

Ahad, Jun 21, 2009

Padah study last minutes



Alhamdulillah... selesai sudah exam sem ni. ringan rasa kepala.... Lepas ni berdebar tunggu result la plak. Tapi takpa, lambat lagi... Yang pasti, yang lepas dan lepas. Yang akan datang masih panjang. Harap-harap dapat la aku laluinya.


Time-time exam macam ni, kesian isteri dan anak-anak. Tak sempat nak layan sangat karenah diaorang. Almaklumlah, ayah busy sangat study. Tu la padahnya study last minutes. Tiap-tiap kali habis exam siap pasang azam sem depan nak study awal, nak buat nota untuk setiap subjek. Last-last dua tiga hari lagi nak exam baru kelam kabut cari buku. Azam tinggal azam je la.... Nasib baik isteri dan anak-anak faham. Rumah tunggang langgang pun takpe la... Ayah dah habis exam ni, ayah janji ayah akan tolong mana yang tak terbuat baru-baru ni.


Abang Long pun dah tanya bila nak makan KFC. Sebab baru baru ni ayah ada janji, kalau ayah dah habis exam ayah bawak pegi makan KFC. Ok, ayah akan tunaikan janji ayah malam ni. Tapi biasanya kalau pegi KFC, bukan Abang Long nak makan sangat. Nak main je kerja dia. Last-last Angah juga la yang perabiskan ayam Abang Long.


Biasa la perangai budak-budak kan, masa diaorang masih kecil ni la kita kena ambil peluang untuk sentiasa melayan karenah diaorang, main dengan diaorang. Bila diorang dah besar, mana sudah diaorang nak main dengan ayah lagi. Lagi best main dengan kawan-kawan sebaya. Takpa, ayah faham. Ayah pun pernah jadi budak-budak juga...